Pages

Thursday, February 16, 2012

101

Assalamualaikum~


Perginya anak Mok Yeh, Garfield ke satu dunia yang lain pada malam 13 Feb 2012. Garfield, satu-satunya anak Mok Yeh yang sangat berperangai Mok Yeh. Terlalulah sama sehingga digilai owner sendiri. Kematian Garfield besar kemungkinan akibat dilanggar. Sebelum Kamil nak ke tusyennya, Garfield sungguhlah excited nak keluar, maka keluarlah dia tanpa dimasukkan kembali. Dalam perjalanan pulang, jiran kami, yang merupakan seorang cikgu bagitahu Kamil yang dia nampak kucing mati tempat yang sama macam Tina dulu. Kamil ingat itu Impul, sebab ekor hampir sama tapi tak. Mukanya berdarah bahagian kanan (pipi). Yang lain normal, langsung tiada darah kelihatan. Kamil kata juga bila dia angkat Garfield, dia tak rasa sangat tulang Garfield, rasa tu memang dapat rasa tapi kurang. Mungkin baharu saja berlaku kejadian pelanggaran raksasa buatan manusia dengan makhluk Allah yang kecil ini. Sehingga kini, Kamil masih dibuai rasa bersalah kerana melepaskannya.

No comments:

Post a Comment