Assalamualaikum~
Guess she (Ekin) should tell the story about my newborn kitties. They born on the same date but different year (means? 30th December 2011) as my first kitties batch (batch? -__-) The worse is I lost two out of four.
Shall I?
Semuanya bermula pada malam hari 30/12/11. Yang pasti Ekin cuma dengar TV dari dalam bilik Mamat & Kamil sebab menemankan daku yang kesepian.
Sebelum saya, Nyottel, melahirkan anak di dalam bilik, saya, Nyottel, sudah pun melahirkan anak pertama kumpulan ketiga (separuh badan bahagian punggung) diluar bilik terlebih dahulu. Anak ini sudah pun meninggal dunia sehari selepas dilahirkan. Sebab kematian tidak dapat dikenalpasti. Maaf. Okay, saya, Nyottel, melahirkan anak pertama ini berwarna penuh satu badan hitam di dalam kotak dimana memang dikhaskan untuk saya, Nyottel, malangnya terdapat serba sedikit kecacatannya. Kenapa? Keghairahan kami menghancurkan barang adalah ditahap tinggi. Selepas Opiq, mendapati anak pertama hampir dilahirkan, lalu, beliau terus menjerit supaya memasukkan saya, Nyottel, ke dalam bilik dengan segera. Ekin bergegas mengambil dua kain pelekat lalu meletakkannya ke dalam bekas berwarna biru. Saya, Nyottel, juga diletakkan ke dalam itu. Maka lahirlah anak pertama saya, Nyottel.
Hampir 10~15 minit lamanya menanti kelahiran anak kedua. Namun begitu, anak kedua saya, Nyottel, yang mempunyai corak yang sama seperti saya, Nyottel, telah meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Mereka suspek anak ini meninggal dunia sejak dalam kandungan saya, Nyottel. Kenapa? Kerana tali pusat anak ini berwarna putih sebaik sahaja dilahirkan tidak seperti anak-anak saya yang lain apabila dilahirkan. Kemungkinan besar akibat kekurangan zat. Sepanjang proses untuk melahirkan anak kedua ini, Ekin tidak tentu arah dibuatnya sehingga dia terus mengucapkan ayat al-Kursi berulang-ulang kali beserta kata-kata semangat seperti "You can do it, Nyot" atau "Go go go! Jiayu!". Akhirnya dia pasrah melihat kematian anak kedua ini. Saya, Nyottel, juga tidak mampu membuat apa-apa untuk mengembalikan anak ini. Ekin mengangkat anak kedua ini, tetapi malangnya, anak kedua ini terasa bagai belon berisi air yang penuh, salah sahaja langkah mengendalikannya, akan pecah. Sehari selepas kelahiran anak kedua ini, untuk mengebumikannya, anak kedua ini masih seperti belon berisi air kecuali beberapa tempat yang sudah keras.
Sejurus kelahiran anak kedua ini, lebih kurang seminit kemudian lahir pula, anak ketiga saya, Nyottel, yang diberi nama, Avatar. Nama singkatannya ialah Bata. Sangat sekejap sahaja berbanding anak kedua saya.
Selepas itu, anak keempat pula dilahirkan. Nama diberi, Yebeng. Nama lain, Adik Dobi atau Ketaq.
Bata dan Yebeng kedua-duanya adalah wanita yang bercorak ibunya, Nyottel. Saiz mereka sangatlah kecil jika dibandingkan saiz Goby, Atan, Impul, Anjang dan Endek selepas dilahirkan. Tali pusat mereka juga masih melekat untuk beberapa hari lamanya. Tali pusat Bata berdarah sedikit. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku pada Yebeng kerana Ekin teramat takut untuk melonggarkannya terus. Jadi Ekin cuba untuk melonggarkan ikatan sel-sel pada tali pusat Yebeng setiap hari sehingga tercabut. Agak lama juga untuk Bata dan Yebeng untuk membuka mata mereka.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment