Pages

Thursday, December 26, 2013

122

Hey hey hey lu! Assalamualaikum.

Haaa. Nak ceghita pasal Atan ni. Atan. Anak kelahiran pagi 30 Disember 2010. Dalam pukul 8 gitu. Macam mana Atan hilang, tak dapat dikenalpasti. Time dia hilang juga, saya, Meekin, tidak ada dirumah. Jadi memang tak tahu macam mana boleh hilang gitu saja?

Atan ni, tuan-tuan dia rasa dia anak first. Kira Abang Long la. Sebab encik Abah nampak yang lahir dulu warnanya oren. Tup tup, keluar dua oren, terus tak tahu mana satu. Tapi, memang body dia sangat macam Abang Long. Tak macam Gobres, dia tu jantan, body dia tak nampak jantan sangat. hahaha


Atan dan kamera, sangat poyo dan sangat jarang kelihatan. Time dia ada pun, sangat susah nak jumpa. Hayooo. Macam tak caya dia hilang. Dia kalau keluar rumah pun, reti nak balik. Jadi macam tak tahu apa punca dia tak balik.

Okay nampak tak dada dia. Dia dengan Tina, warnanya oren. Tapi, Atan je ada lekuk jam pasir kat dada. Tina putih dia memang full (tak ada lekuk jam pasir) ~


Atan ini garang orangnya. Dia tak mencakar tapi dia mencengkam. Maigod, cengkaman dia kalau boleh sedalam-dalamnya. Lebih rela kena cakar dengan Gobres daripada Atan. hahahaha. Sangat kuat, kay. Atan, juga sangat alert. Jangan buat dia terkejut, nanti habis satu badan kau calar. hahaha. Ada satu hari tu, tak tahu lah, dia termenung fikirkan apa, saja, nak sergah dia, melompat dia kawww. Melompat atas aku dan terus melakukan apa yang patut dia mencengkam tangan aku. (^ ^"). Kalau nak mandikan pun, aku paling takut si Atan ni. Naik atas badan sampai ke leher pastu cengkam situ. hmmm... Memang terbaik~!

Atan, dia ni sebenarnya rapat dengan adik oren dia, Tina. Time Tina still hidup, kalau ada Tina mesti ada dia. Tidur bersama, main bersama. Tina jenis yang aktif suka main. Atan pulak tak berapa, kalau nak main pun, radius satu centimeter dari dia. Lebih daripada tu, tak layan.

Haaa... Lupa, kenapa panggil Atan? Memandangkan yang oren adalah sepasang, susah betul nak bagi nama. Asalnya nak bagi nama Jantan, Betina. Heyyy, macam nak tak nak bagi nama je ork, macam kesian pulak nama cenggitu. Jadi dipendekkan menjadi Atan dan Tina.

Apa-apa pun Atan. Sangat rindu kamoo.

No comments:

Post a Comment